Dikatakan hidap kanser
Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram.

KUALA LUMPUR – Ardell Aryana menjadi perhatian sejak semalam apabila rakan karibnya, Nadzmi Adhwa menerusi postingnya semalam mendedahkan penyakit yang dihidapi pelakon itu.

Nadzmi berkata, Ardell perlu kuat menentang penyakitnya dan memberi semangat untuknya menjalani terapi.

Menyentuh perasaan netizen, Nadzmi turut menasihatkan rakannya berusia 28 tahun itu untuk tidak berputus asa.

“Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

“Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

“Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya 💪🏻 aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya #MakCikBawang,” katanya.

alt Ardell AryanaOleh kerana perkataan ‘terapi’ itu netizen memberi pandangan masing-masing dan menyifatkan bahawa Ardell yang kini sudah berhijab menghidap kanser.

Namun kemudiannya menerusi IG Story, Nadzmi menyeru agar postingnya itu tidak disensasi hanya kerana dia menggunakan perkataan ‘terapi’

“Saya berharap netizen tidak membuat / menambah apa-apa spekulasi tentang sahabat saya tentang apa yang dialaminya. Mohon jasa baik semua. Kerana pelbagai andaian ini akan memburukkan keadaan dan menimbulkan fitnah. Terima kasih,” katanya. – MalaysiaGazette