PLKN
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memberi penjelasan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sedang dikaji semula dan bukannya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.

Tambahnya, hasil kajian semula program tersebut akan diputuskan Kabinet dalam masa yang terdekat.

“Pihak kami ingin merujuk kepada kekeliruan yang berlaku dalam laporan media berhubung kenyataan Menteri Pertahanan dalam sesi wawancara bersama media pada 28 Jun 2018 (Khamis) bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikaji semula sama ada untuk dikekalkan atau dimansuhkan.

Pihak kami ingin menjelaskan bahawa, kajian semula yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bukannya Akta MKN seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast