Dr Wan Azizah Wan Ismail
Dr Wan Azizah Wan Ismail

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Suhaimi Shafie, ke rahmatullah pagi ini.

Turut mengucapkan takziah ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mana Allahyarham Suhaimi merupakan bekas Setiausaha Politik ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

ADUN Sungai Kandis itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada jam 11.05 pagi ini akibat kanser Limfoma tahap empat.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Asar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, Allahyarham menang dengan majoriti 12,480 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Kamaruzzaman Johari (11,518), calon Pas Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon PRM Hanafiah Husin (76 undi). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast