Penjaga gol Roma, Alisson.
Penjaga gol Roma, Alisson.

LONDON – Chelsea kini mampu menarik nafas lega apabila semakin hampir mendapatkan khidmat Alisson selepas penjaga gol Roma itu bersetuju dengan syarat, lapor Express.co.uk.

Alisson menjadi taruhan The Blues sebagai pengganti Thibaut Courtois yang seolah-olah melengahkan proses menandatangani kontrak baharu di Stamford Bridge.

Courtois yang sedang beraksi untuk Belgium di Piala Dunia 2018 di Rusia memiliki baki kontrak selama setahun bersama Chelsea.

Courtois sebelum ini memberitahu anak-anaknya yang berada di Madrid memainkan peranan besar dalam keputusan berhubung masa depannya.

Menurut II Tempo, Chelsea mengatasi Real Madrid dalam perebutan terhadap Alisson yang sudah bersetuju berhijrah ke England.

Laporan itu mendakwa penjaga gol kelahiran Brazil itu lebih berminat menyertai Chelsea berbanding kekal di Rome.

Dia ditawarkan kontrak bernilai kurang 100,000 pound sterling seminggu.

Bagaimanapun, Chelsea masih belum memuktamadkan rundingan dengan Roma dan kelab Serie A itu mahukan bidaan sekitar 66 juta pound sterling terhadap Alisson.

Malah Madrid tidak bersetuju memenuhi permintaan Roma dan hanya sanggup berbelanja sebanyak 44 juta pound sterling.

Berbeza dengan Chelsea, pasukan itu sedia mengemukakan bidaan sebanyak 64 juta pound sterling termasuk bayaran bonus.

Alisson kini bersama skuad Brazil yang akan beraksi menentang Belgium pada aksi suku akhir Piala Dunia pagi esok. – MalaysiaGazette