Paras air Sungai Katsura di Kyoto, Jepun meningkat berikutan hujan lebat.
Paras air Sungai Katsura di Kyoto, Jepun meningkat berikutan hujan lebat.

TOKYO – Hujan lebat di Jepun menyebabkan dua orang maut dalam arus deras hari ini.

Kejadian berlaku di Kyoto, barat Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun turut memberi amaran bahawa hujan yang lebih lebat akan melanda Jepun.

Seramai 1.2 juta penduduk diarahkan meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke kawasan yang selamat, menurut agensi itu

Beberapa orang dilaporkan hilang, termasuk seorang budak sekolah menengah. – MalaysiaGazette