Suruhanjaya Pilihan Raya

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada Isnin ini bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Selangor.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, mesyuarat khas itu akan berlangsung di ibu pejabat suruhanjaya itu pada pukul 10 pagi.

“Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan bagi mengumumkan tarikh PRK sejurus selepas mesyuarat itu (Isnin) , ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu dalam kenyataan sama, beliau mengesahkan pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Kandis berikutan kematian Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast