Diantara 16 pasukan media dan tuan rumah TNB yang menyertai Kejohanan Futsal TNB-MEDIA Sempena Piala Dunia Fifa 2018 di Padang Futsal TNB, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada organisasi media menyertai Kejohanan Futsal TNB-Media Sempena Piala Dunia 2018 di Bangsar di sini hari ini.

Lebih menarik, setiap pasukan itu mewakili negara bertanding di kejohanan berprestij empat tahun sekali yang berlangsung di Rusia ketika ini.

Kejohanan tersebut dirasmikan Ketua Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Wira Roslan Ab. Rahman.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd. Amin merangkap Yang Di-Pertua, Kelab Kilat Kuala Lumpur dan Ketua (Newsroom) TNB, Mohd ‘Arshi Mat Daud.

Roslan berkata, objektif kejohanan untuk merapatkan silaturahim dalam semangat kesukanan dan suasana santai.

Ini kerana jelas beliau, pihaknya dan pengalamal sering bertemu dalam acara rasmi dan majlis tertentu yang berdepan dengan waktu terhad untuk beramah mesra.

“TNB sentiasa menganjurksn kejohanan futsal ini dua tahun sekali mengikut giliran antara kejohanan Piala Dunia dan Euro.

“Namun ia tidak terhad kepada futsal sahaja kerana kami juga sering mengadakan kejohanan lain seperti badminton dan boling selain perlawanan persahabatan,” katanya.

Pasukan Malaysia Gazette juga turut serta dan mewakili negara Poland.

WhatsApp Image 2018-07-07 at 10.50.45 (1)
Pasukan Malaysia Gazette

Sementara itu, juara kejohanan akan membawa pulang wang tunai RM2,000, naib juara RM1,500, tempat ketiga RM1,000 dan tempat kempat RM500. – MalaysiaGazette