Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA TERENGGANU – Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan parti itu telah menghantar senarai nama calon termasuk daripada Kelantan dan Terengganu untuk dilantik sebagai senator.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah sebenar calon yang dicadangkan tetapi menyatakan sekurang-kurangnya lima pemimpin parti itu disenaraikan.

Katanya senarai nama tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dipertimbangkan kerana parti lain daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) turut menghantar senarai calon masing-masing.

“Calon daripada Kelantan dan Terengganu jika hendak dilantik dalam barisan Kabinet hendaklah dilantik sebagai senator terlebih dahulu. Selepas itu barulah mereka boleh dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri.

“Kita syorkan beberapa nama. Terserah kepada Tun Dr Mahathir untuk memilih dan kita juga tidak tahu bila Tun Dr Mahathir akan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Amanah Terengganu, di sini, hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast