Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1 juta setakat jam 9.30 pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

“Alhamdulilah! Pagi ini pukul 9.30 pagi, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM1 Juta. Teruskan menyumbang walau hanya RM10 ke CIMB ISLAMIC UMNO No. Akaun: 8604886094,” tulisnya.

Tabung itu diwujudkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk penyelesaian denda berjumlah RM50 juta.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan pelancaran tabung khas bagi membantu meringankan beban kewangan Najib untuk melunaskan denda berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu digerakkan atas semangat solidariti dan berharap kepimpinan parti, ahli, penyokong serta mana-mana pihak yang ingin menunjukkan sokongan dapat menyumbang secara sukarela. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here