ALOR SETAR, 7 Julai -- Menteri Kerja Raya, Baru Bian (tengah) memasukan plak pada simbolik perasmian Majlis Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) 2018 Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebuah hotel hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha (kiri). ?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
ALOR SETAR, 7 Julai -- Menteri Kerja Raya, Baru Bian (tengah) memasukan plak pada simbolik perasmian Majlis Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) 2018 Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebuah hotel hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha (kiri). ?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

ALOR SETAR – Kerajaan akan menggunakan sistem tender terbuka dengan meluas dan telus bagi projek kerajaan terutama yang berskala besar agar setiap sen wang rakyat dapat dibelanja dengan baik, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Ini kerana kerajaan membelanjakan lebih RM100 bilion setahun untuk perolehan melalui pelbagai projek dan kontrak dan ia adalah satu jumlah yang agak besar.

“Dengan jumlah yang begitu besar amat penting supaya tidak berlaku pembaziran dan menjadi kewajiban kerajaan untuk sentiasa memastikan wang ini dibelanjakan secara berhemah.”

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah baik sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan demi memastikan ia lebih berdaya saing dan seterusnya menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata kementerian menyasarkan penggunaan sekurang-kurangnya Tahap 2 Building Material Information (BIM) pada tahun hadapan bagi projek kerajaan bernilai lebih RM100 juta sejajar dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP).

Pada masa ini tahap pelaksanaan projek kerajaan tertumpu kepada pemakaian Industrialised Building System (IBS) pada peringkat pembinaan namun masih kurang menggabungkan kedua-dua sistem itu dalam satu projek.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast