Vettel mahu bunuh magik Mercedes mendominasi Perlumbaan F1 musim ini

ENGLAND – Sebastian Vettel percaya Ferrari mempunyai ramuan memusnahkan magik pasukan Mercedes di Silverstone, Grand Prix British hari ini.

Namun Vettel menjangkakan pertarungan sengit menjelang perlumbaan hari ini.

“Kami cuba membunuh magik Mercedes dan itulah usaha kami sejak musim lalu.

“Kini saya rasa kami berjaya dalam usaha itu menjelang GP British,” katanya.

Hamilton menganggap Silverstone sebagai trek perlumbaan F1 yang terbaik di dunia.

“Saya rasa seperti membawa jet pejuang di trek F1.

Bagaimanapun saya menjangkakan pertembungan sengit daripada Ferrari dan paling sukar tahun ini.

“Ferrari sangat pantas musim ini dan tidak boleh memandang remeh,” akui Lewis Hamilton.- MalaysiaGazette