KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Beliau berkata keghairahan orang ramai berkongsi sesuatu maklumat tanpa mengesahkan fakta dan menjadikan media sosial sebagai satu-satunya sumber rujukan amat membimbangkan dan jika dibiarkan berterusan dikhuatiri akan menyebabkan ketidakharmonian masyarakat terutama apabila melibatkan soal perkauman, agama dan sebagainya. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai akan tiadanya perubahan harga pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lepas.

Timbalan Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman menggesa kerajaan supaya membuat pemantauan harga barangan keperluan asas kerana tiadanya perubahan pada harga seperti yang diharapkan rakyat dan kerajaan.

“Kita menerima aduan menerusi e-mel atau laman sosial Facebook tentang harga barangan yang tidak berubah walaupun GST sifar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini dan menambah bagaimanapun pihaknya tidak menerima aduan mengenai harga barangan yang semakin mahal.

Selain itu, Mohd Yusof berkata senarai jenis barangan keperluan yang sepatutnya turun harga perlu didedahkan kepada pengguna supaya mereka peka dengan perbezaan harga barangan semasa berbelanja.

“Dengan mendedahkan jenis barangan yang sepatutnya turun harga selepas cukai GST pada kadar sifar dapat mengelakkan kekeliruan,” katanya dan berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak mengenakan cukai sebanyak enam peratus itu.-BERNAMA