logo 1MDB
Gambar hiasan

HONG KONG – Ahli perniagaan, Low Taek Jho telah meninggalkan Macau dan dipercayai berada di Tanah Besar China.

Di mana Low, 37, berada – yang sebelum ini meninggalkan Hong Kong ketika berdepan dengan waran tangkap Interpol, tidak diketahui.

Tetapi sumber-sumber memberitahu, beliau kini di Tanah Besar China, selepas keluar dari Macau sama ada dengan menaiki kereta atau pesawat persendirian, menurut laporan South China Morning Post.

Beliau yang dikenali sebagai Jho Low dikaitkan dengan rasuah, penyelewengan dan penggubahan wang haram oleh pihak berkuasa beberapa negara berhubung dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Kuala Lumpur telah menerima emel dari Macau pada 9 Julai lalu yang memaklumkan Jho Low telah meninggalkan Macau.

Tetapi, sumber-sumber keselamatan Macau memaklumkan, hampir pasti untuk mengatakan bahwa Low sekarang berada di tanah besar. Malah, itu mungkin salah satu sebab dia datang ke Macau terlebih dahulu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast