Muhammad Hirman Mukhtar (dua dari kiri) bersama kakitangan Savanah Marketing Sdn. Bhd. yang akan menganjurkan program AQ4U di Chad, Afrika bulan depan.
Muhammad Hirman Mukhtar (dua dari kiri) bersama kakitangan Savanah Marketing Sdn. Bhd. yang akan menganjurkan program AQ4U di Chad, Afrika bulan depan.

KUALA LUMPUR – Savanah Marketing Sdn. Bhd. menyasarkan kira-kira 1,000 lembu bagi melaksanakan ibadah korban di Chad pada bulan depan menerusi program dikenali Aqiqah Qurban For Ummah (AQ4U).

Pengarah Urusannya, Muhammad Hirman Mukhtar berkata, jumlah tersebut akan dapat membantu lebih 5,000 keluarga di sana menerusi pengagihan daging lembu kepada golongan miskin dan mangsa pelarian di sana.

Beliau berkata, Chad yang merupakan salah satu negara Afrika, dipilih kerana merupakan negara keempat termiskin di dunia dengan jumlah penduduk seramai 15 juta di mana 80 peratus beragama Islam.

“Selain itu, harga haiwan ternakan seperti lembu dan kambing di sana adalah murah selaian bekalan yang banyak dan mencukupi dengan berat bersih seekor lembu dalam purata 80 kilogram (kg).

“Matlamat AQ4U adalah bagi melahirkan perasaan ukhuwah dan kemanusia merentasi negara, bangsa dan warna kulit.

“Pada masa sama, kami ingin memudahkan umat lslam di Malaysia melaksanakan ibadah korban dengan harga berpatutan iaitu hanya RM300 untuk satu bahagian lembu dan RM450 untuk akikah,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini semalam.

224B0934
Pengarah Urusan, Savanah Marketing Sdn. Bhd., Muhammad Hirman Mukhtar.

Muhammad Hirman menambah, semua peserta AQ4U yang terlibat akan diberi gambar, video program dan sijil di Chad dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Jelas beliau, tarikh tutup penyertaan AQ4U itu pada 19 Ogos ini namun pihaknya sedia memberi pertimbangan selepas tarikh tersebut.

“Sementara itu, hukum ibadah korban mengikut mazhab Syafie adalah sunat muakkad dan makruh tidak dilaksanakan jika mampu.

“Ibadah korban harus dipindahkah ke negara yang terdapat ramai orang yang lebih memerlukan. Maka boleh disimpulkan, adalah harus dan sah hukumnya melaksanakannya secara wakil ke luar negara tetapi terbaik dan tiada khilaf di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu, Savanah Marketing ditubuhkan sejak 2006 dan berpengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara sejak 2016 dan tahun dengan kerjasama badan-badan kebajikan Islam.

Bermula awal tahun ini, syarikat itu telah mengadakan ibadah akikah di Chad setiap bulan menerusi kerjasama Yayasan Al-Huda dan Yayasan Al-Birr yang merupakan Majlis Agama Islam di Chad.

Bagi yang berminat menyertai program AQ4U, mereka boleh menghubungi talian 019-2786246 atau 019-3586246 atau layari Facebook: Aqiqah Qurban for UMMAH. – MalaysiaGazete

posterposter