Pelakon
Gambar daripada akaun instagramnya.

KUALA LUMPUR – Pernah terpalit dengan kontreversi ditahan polis apabila dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah, Sofi Jikan mengakui perjalanan kerjayanya sebagai anak anak seni kini sudah semakin suram.

Dipetik sebagai berkata, Sofi mendedahkan sudah tidak lagi mendapat tawaran pelakon

Bahkan, pelakon terkenal dengan tagline ‘kasi sengat’ ini juga mengakui telah kehilangan rakan-rakan yang kini dilihat meminggirkannya.

“Jujur saya bercerita, selepas apa yang berlaku saya hilang segala-galanya termasuklah tawaran berlakon dan kawan-kawan.

“Selepas kes berkenaan saya tidak mendapat tawaran berlakon. Kalau ada pun, tawaran tersebut dibatalkan tanpa penjelasan.

“Ada juga beberapa projek yang telah dipersetujui sebelum ini meminta saya menulis surat atas alasan menarik diri,” kata Sofi.

Untuk rekod, pada Febuari yang lalu, Sofi didakwa antara individu yang menganiaya Farid Kamil selain terpalit dengan kontreversi penyalahgunaan dadah.

Sofi mengakui sehingga kini hubungannya dengan Farid belum pulih ekoran kejadian itu dan belum bersedia untuk bertemu dengan pelakon itu. – MalaysiaGazette