BANGI – Umum mengetahui Bandar Baru Bangi kini terkenal dengan bandar fesyen yang menawarkan pelbagai jenama dan produk terlaris.

Selain itu, bandar kedua terbesar di Selangor ini juga menjadi lokasi strategik kepada orang ramai yang mahu beristirehat dan meninggalkan kesibukan kota buat seketika.

Terletak di antara Bandar Kajang dan Putrajaya, Bandar Baru Bangi menawarkan Sherwood Gateway Hotel Bangi yang berhampiran dengan pusat membeli-belah Bangi Gateway Shopping Centre.

MGF12072018_SHERWOOD GATEWAY HOTEL13Kedudukannya yang strategik dari tol Bangi, ianya dapat dihubungkan dengan hanya 30 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kelebihan ini pastinya menjadi pilihan bagi yang ingin meneroka Bandar Baru Bangi.

Menawarkan perkhidmatan mudah diekses, hotel ini hanya 15 minit daripada pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya dan 30 minit perjalanan ke ibu kota Kuala Lumpur.

MGF12072018_SHERWOOD GATEWAY HOTEL03Di Sherwood Gateway Hotel Bangi, terdapat 87 unit penginapan yang terdiri daripada Superior, Deluxe, Premier, Executive Suite dan Duplex.

“Saiz bilik bermula dari 38 meter persegi sehingga 100 meter persegi. Harga bilik bermula dari RM150 semalam.

“Di samping itu, terdapat 3 bilik seminar dan ballroom dengan kapasiti daripada 30 hingga 250 orang. Kita juga menawarkan pakej-pakej seminar bermula dari RM90 hingga RM150 seorang termasuk pakej perkahwinan dan perkahwinan,” demikian menurut Pengarah Residen Sherwood Gateway Hotel Bangi, Suhaila Abd Rasid.

MGF12072018_SHERWOOD GATEWAY HOTEL02Lebih menarik Sherwood Gateway Hotel Bangi menawarkan perkhidmatan 4 bintang walapun hotel tersebut bertaraf 3 bintang.

Dimiliki oleh Bangi Gateway Asset Management Sdn Bhd, ia adalah hotel ketiga yang memberikan perkhidmatan bertaraf itu di Bandar Baru Bangi.

Kepada yang berminat boleh layari sesawang www.sherwoodgatewayhotel.com.my -MalaysiaGazette