Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara Afghanistan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam sebuah bas.

Majistret Umzarul An-nur Umar turut memerintahkan tertuduh Asadullah Safari, 32, yang bekerja sebagai tukang cuci dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa mencabul kehormatan wanita berumur 21 tahun itu di dalam sebuah bas semasa dalam perjalanan ke Dang Wangi di sini pada 6 petang, 8 Julai lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam K.Syama Sundar merayu hukuman minimum manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabila Kamarudin memohon hukuman setimpal.

— BERNAMA