Harry Maguire beraksi bersama Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Harry Maguire beraksi bersama Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

LONDON – Nilai pemain pertahanan England, Harry Maguire naik mendadak selepas menampilkan prestasi cemerlang pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Dia mendatangani kontrak bersama Leicester pada harga £17 juta (RM90.49 juta) dari Hull City tahun lalu.

Manchester United pula sudah bersiap sedia membuat tawaran besar pada musim panas ini untuk Maguire.

Namun kelab Old Trafford itu perlu membayar sebanyak £50 juta (RM266.15 juta) untuk mendapatkan Maguire dari Leicester.

Ia berikutan pemiliknya yang merupakan jutawan Thailand berusaha untuk mengekalkan pemain itu. – MalaysiaGazette