Blok kediaman wanita Jepun yang ditemui maut di Tropicana Garden Condominium.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari sebuah kediaman di Tropicana Garden Condominium malam tadi.

Wanita itu disahkan sebagai Kazuko Otsuka, 63, terjatuh dari tingkat 20, dari salah sebuah blok di kondominium berkenaan.

polis-terjun
Seorang anggota polis sedang memeriksa kawasan penemuan mayat wanita Jepun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 20.

Polis menerima laporan tentang kejadian itu kira-kira pukul 7.27 malam.

Difahamkan, mangsa datang ke Malaysia untuk berehat selepas bersara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut. – MalaysiaGazette