Naib Pengerusi Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Muhammad Nuruddin Amiron bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pengurusan Kewangan dan Kredit Ahli (PKKA) di di Dewan DPEIN, Pusat Perniagaan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2018
Naib Pengerusi Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Muhammad Nuruddin Amiron bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pengurusan Kewangan dan Kredit Ahli (PKKA) di di Dewan DPEIN, Pusat Perniagaan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Masyarakat Islam di negara ini seolah-olah tidakĀ  dapat lari daripada dibebani hutang dan riba walaupun menyedari ia merupakan satu kesalahan dalam agama.

Atas inisiatif itu, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN) diitubuhkan bagi membawa keluar masalah yang membelenggu umat Islam melalui konsep infaq dan hibah.

Naib Pengerusi DPEIN, Muhammad Nuruddin Amiron berkata, DPEIN merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai Pengurus Kewangan Kredit Ahli (PKKA) berlandaskan syariah.

“Malah sistem DPEIN lebih baik daripada AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) kerana memberi kaedah penyelesaian hutang, riba serta kewangan,” ujarnya kepada Malaysia Gazette semalam.

DPEIN juga melantik pendakwah terkenal, Ustaz Auni Mohamed sebagai penasihat syariahnya.

MGF14072018_MAJLIS PELANCARAN PKKA08_1
Penasihat Syariah Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Ustaz Auni Mohamed bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pengurusan Kewangan dan Kredit Ahli (PKKA) di di Dewan DPEIN, Pusat Perniagaan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2018.

Sementara itu, menurut satu kenyataan, DPEIN diwujudkan dengan objektif untuk menjadi peneraju dalam memperkasakan ekonomi umat Islam dengan mengambil formula daripada al-Quran dan kajian intensif kira-kira 15 tahun.

“Sasaran DPEIN adalah sekurang-kurangnya membantu tiga juga umat Islam keluar daripada masalah hutang dan riba. Kita harap angka tersebut akan terus meningkat demi menyelamatkan mereka daripada cengkaman riba dan memasuki pasaran umat Islam antarabangsa bermula dari Indonesia,” katanya kenyataan yang sama.

DPEIN juga menawarkan kepada individu dan perusahaan komersial yang menyeluruh untuk mendapat manfaat daripada PKKA dan program perniagaan francais.

Ujarnya, komitmen DPEIN menerusi pengunaan teknologi canggih dalam menjalankan perniagaan telah menguatkan lagi reputasi NGO itu di atas pendekatan dan penyediaan yang selari dengan arus kemodenan.

Katanya lagi, pada masa ini DPEIN memiliki sebanyak 14 cawangan dan berada di setiap negeri dengan pejabat korporat terletak di Setapak Kuala Lumpur dan berhasrat meluaskan empayar ke Indonesia tidak lama lagi.

Setakat ini, DPEIN mempunyai keanggotaan yang terlatih dan berpengetahuan tinggi dengan lebih 54 orang berada di kumpulan pengurusan, 328 pengurus agensi manakala 5,248 lagi merupakan perunding di Malaysia untuk pasaran nusantara.

“Kami percaya, dengan sifat kebergantungan kepada Allah, tawakal dan usaha tanpa putus asa, DPEIN akan berjaya memulih dan memelihara umat Islam daripada cengkaman ekonomi kapitalis sedikit demi sedikit.

“Ia bagi membina kembali ekonomi Islam yang berasakan kepada Baitulmal, berjemaah, infaq, zakat wakaf, sedekah dan lain-lain serta alat transaksi jual beli dengan menggunakan wang yang sebenar,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. kena masuk seminar dulu tuan,mmg x fhm jika x masuk…boleh layari google dewan perkasa ekonomi islam nusantara..
    boleh juga wassap saya 0129843054.wan

Comments are closed.