McD
McDonald's Malaysia menawarkan McFlurry Durian D24 tanpa had selama dua jam esok.

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya McDonald’s Malaysia menganjurkan acara istimewa kepada peminat McFlurry D24 Durian yang mana para pelanggan boleh menikmati aiskrim tersebut tanpa had selama dua jam dengan hanya membayar RM10 bagi dewasa dan kanak-kanak berusia di antara empat hingga 12 tahun.

Kanak-kanak di bawah usia tersebut adalah percuma.

Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, McDonald’s Malaysia berkata, sesi tersebut dibahagikan kepada dua iaitu pada jam 3 petang-4 petang dan 5 petang sehingga 6 petang esok.

Pendaftaran bagi sesi pertama perlu dibuat pada jam 2.30 petang manakala pendaftaran bagi sesi kedua bermula jam 4.30 petang.

“Para pelanggan bertuah akan ditempatkan di satu sudut khas restoran bagi membolehkan mereka menikmati McFlurry Durian D24 tanpa had selama sejam bagi setiap sesi,” katanya sambil menambah hanya 20 orang pelanggan pertama sahaja dibenarkan untuk menyertai acara tersebut berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tawaran itu hanya boleh digunakan untuk pelanggan yang makan di restoran sahaja.- MalaysiaGazette