KUALA LUMPUR – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 445 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Rawang didapati negatif dadah selepas saringan awal dilakukan ke atasnya.

Polis telah mengambil keterangan lelaki berusia 45 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak selepas keluar dari Hospital Sungai Buloh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at dalam kenyataannya berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian Sabtu lalu, empat individu terbunuh manakala tiga lagi cedera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast