Sebuah kren tumbang di Masjidil Haram kerana dipercayau terlebih muatan.
Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada 15 Septmber 2015.

JEDDAH – Pembebasan 13 defendan dalam kes kren tumbang di Masjidil Haram boleh dibatalkan, menurut sumber kehakiman.

Sumber-sumbernya menjangkakan Mahkamah Agung, yang merupakan kuasa kehakiman tertinggi akan menolak pembebasan semua yang didakwa dan mengembalikan kes itu kepada Mahkamah Agung di Makkah untuk pemeriksaan semula.

Kren besar yang tumbang dalam kejadian pada 15 September 2015 itu dimiliki oleh Kumpulan Binladen.

Dalam insiden itu seramai 110 orang terbunuh dan 209 lagi cedera.

Saleh Misfir Al-Ghamdi, seorang peguam yang mewakili empat defendan, berkata Mahkamah Agung mempunyai hak untuk membatalkan pembebasan semua defendan.

“Kes itu akan kembali ke titik sifar, sesi akan bermula sekali lagi. Mahkamah akan memanggil semua defendan dan saksi,” katanya.

Mahkamah Agung dalam keputusan 108 halaman pada 2 Oktober tahun lalu membebas dan memutuskan bahawa mereka tidak akan komited untuk membayar diah (wang darah) kepada mangsa-mangsa.

Mahkamah dalam keputusannya menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada hari cuti rasmi dan kren itu diletakkan di kedudukan yang betul.

“Tidak ada kecuaian di pihak tertuduh,” katanya.

Mahkamah berkata, insiden itu disebabkan oleh hujan dan angin ribut yang tidak dijangkakan.

Bagaimanapun, pendakwa raya memutuskan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Agung.

Dalam memorandum kepada mahkamah, pendakwa raya menyatakan kecuaian dan kekurangan komitmen terhadap peraturan keselamatan adalah punca kemalangan.

Malah, Peguam Negara juga berkata, pembelaan terhadap tertuduh tidak tepat, tidak ada bukti bahawa langkah-langkah keselamatan yang mencukupi telah diambil, tiada seorang pun daripada 3,300 pekerja di lokasi semasa kemalangan itu dan syarikat tidak mengambil pertimbangan berhubung amaran cuaca walaupun dua peringat telah dibuat.

Peguam Negara menegaskan mahu pembatalan pembebasan itu dibuat dan meminta mahkamah untuk mengenakan pembayaran diah dan menanggung kerosakan di Masjidil Haram. – MalaysiaGazette