KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dijangka tiba ke Dataran Parlimen pada pukul 10 pagi ini bagi upacara pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Parlimen Ke 14 hari ini.

Seawal 6 pagi tadi, anggota pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja mula berkumpul di Dataran Parlimen bagi menjalani latihan kawat sebagai persiapan akhir sebelum istiadat itu dimulakan.

Ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Negara dan Jemaah Menteri serta pegawai-pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia mula membanjiri Dataran Parlimen sejak 7.30 pagi dengan pakaian rasmi istiadat tersebut.

Antara pemimpin kerajaan memerintah serta prmbangkang yang kelihatan di sini ialah Menteri Sumber Manusia M.Kulasegaran ,Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Pemimpin pembangkang pula ialah Datuk Seri Idris Jusoh, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Rizaal Merican Naina Merican, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Datuk Seri Nancy Shukri di kanan Dataran Parlimen. – MalaysiaGazette