Kaum wanita India mengadakan protes bagi menuntut keadilan bagi kes rogol di negara itu. foto CNN

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol oleh 17 lelaki yang bekerja di bangunan tempat tinggalnya di Chennai.

Polis berkata, kejadian tragis yang menimpa kanak-kanak malang itu berlaku sejak pertengahan Januari lalu.

Timbalan Komisioner Daerah Kilpauk berkata, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas kanak-kanak itu memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya.

Kesemua 17 lelaki itu telah ditahan merupakan pekerja keselamatan dan kemudahan bangunan tempat tinggal mangsa.

Kes terbaharu itu merupakan satu lagi rentetan kejadian rogol yang berlaku di India selepas beberapa kejadian seumpamanya sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian Mei lalu, seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol telah dibakar sampai mati di Jharkhand.

Manakala enam lelaki dituduh merogol lima pekerja anti-pemerdagangan pada bulan lepas.

Dalam satu lagi kes pada bulan Julai, tiga orang dewasa, termasuk seorang pengetua sekolah dan dua guru, dan 16 orang lelaki ditangkap atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun.

Dan minggu lalu, seorang Ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata didakwa merogol seorang remaja.

Bapa mangsa didakwa mati kerana dipukul selepas membuat laporan mengenai kes tersebut. – MalaysiaGazette