Home Seni Hidup Kaka tertekan kawan-kawan dah kahwin

Kaka tertekan kawan-kawan dah kahwin

KUALA LUMPUR -Kaka Azraff atau Nor Atiqa Noor Azraff mengakui tertekan melihat rakan sebayanya kini sudah mempunyai keluarga sendiri.

Penyanyi dan pelakon 29 tahun itu sebelum ini meletakkan jangkaan untuk menamatkan zaman bujang pada usianya 30 tahun.

“Memang kadang kala ada juga rasa tertekan bila tengok kawan-kawan ramai dah kahwin dan bahagia dengan kehidupan mereka, tapi saya percaya rezeki saya akan sampai juga nanti, cuma tak tahu bila.

“Jadi sementara sampai ‘rezeki’ tu, saya boleh fokus dulu pada kerjaya seni. Bila dah sibuk dengan kerja, tak adalah nak fikir sangat pasal tu,” katanya.

Beliau juga dalam masa yang sama mengaku berkawan dengan ramai orang namun tidak mempunyai hala tuju yang serius dalam perhubungan cinta.

“Memang ramai yang cuba mendekati, tetapi mereka datang sebegai kawan dan bukan dengan bertujuan untuk perhubungan yang lebih serius.

“Saya juga pernah cuba untuk kenal-kenal orang, tapi buat masa ni belum menjadi. Ada benda-benda yang kita rasa tak kena dan tak sesuai untuk serius,” kata pelantun lagu ‘Bukan Hal Aku’ itu lagi.

Oleh kerana tiada yang serius pada masa ini, Kaka sering mengingatkan dirinta bahawa jodoh ditentukan oleh Tuhan.

Dalam perkembangan terkini. Kaka berkolaborasi dengan Aliff untuk single bertajuk Sibuk yang bakal disiarkan sehari sahaja lagi.-MalaysiaGazette