KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak, meninggal dunia, kira-kira jam 2.55 pagi.
Allahyarham memegang jawatan itu dari tahun 1986 hingga 2004.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, pemergian Allahyarham dirasai kerana Zainal adalah pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.
“Katanya, Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau. Beliau berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari tahun 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – MalaysiaGazette