Institut Masjid An-Nabawi As-Sharif menawarkan peluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah rendah hingga universiti kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Institut Masjid An-Nabawi As-Sharif menawarkan peluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah rendah hingga universiti kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang berkelayakan.

MADINAH – Institut Masjid An-Nabawi As-Sharif menawarkan peluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah rendah hingga universiti kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Pengetuanya Sheikh Ali Salleh Al Muhsini berkata setakat ini, institut itu sudah mempunyai 1,126 pelajar dari 40 negara termasuk Indonesia, China, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Kita galakkan pelajar dari Malaysia turut mengikuti pembelajaran di sini pada masa akan datang,” katanya melalui penterjemah bertugas kepada 11 editor jemputan kerajaan Arab Saudi dari pelbagai negara untuk membuat liputan pramusim haji di sini hari ini.

Beliau berkata pembelajaran di institut ini membabitkan tiga peringkat iaitu menengah rendah selama tiga tahun, menengah tinggi (3 tahun) dan ijazah (4 tahun).

Sheikh Ali berkata pelajar yang mahu mengikuti pembelajaran di sini, yang menumpukan pengajian agama iaitu al-Quran, hadis dan lain-lain, perlu menguasai Bahasa Arab dengan baik sebelum diterima masuk.

Katanya seramai 40 tenaga pengajar berkelulusan doktor falsafah bertugas di institusi yang terletak di Pintu 5 Masjid Nabawi itu yang keseluruhannya ditadbir pengurusan masjid.

— BERNAMA