locate Jho Low Low Taek Jho fugitive businessman
Jho Low

HONG KONG – Ahli perniagaan, Low Taek Jho didakwa masih terlibat secara aktif dalam urusan dua syarikat yang berdaftar di Hong Kong walaupun pihak berkuasa Malaysia sedang menjejakinya di beberapa negara.

Sementara itu, rakan perniagaannya Seet Li Lin, yang dikatakan warga Singapura, menetap di Hong Kong dan ada kaitan dengan firma perunding Shanghai yang dimiliki oleh salah satu syarikat milik Low.

Low, yang dikenali ramai, adalah individu utama dalam siasatan pengubahan wang haram antarabangsa yang dikaitkan dengan penyelewengan sebanyak AS$ 4.5 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau disenaraikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif firma ekuiti persendirian, Jynwel Capital dan pengarah dalam kumpulan bukan berasaskan keuntungan, Jynwel Charitable Foundation yang berpangkalan di Hong Kong.

Dokumen-dokumen daripada Pendaftar Syarikat menunjukkan beliau telah menandatangi dua dokumen pada 9 Julai lalu untuk menggantikan setiausaha syarikat bagi kedua-dua firmanya dari B & Mck Nominees kepada KV Pro Services di Mong Kok.

South China Morning Post melaporkan, tidak diketahui sama ada beliau berada di Hong Kong semasa menandatangani dokumen-dokumen berkenaan kerana pendaftar berkata, ahli perniagaan itu tidak perlu berada di bandar itu untuk berbuat demikian.

B & Mck adalah anak syarikat milik firma guaman Baker McKenzie dan ia disahkan.

Pada 26 Jun, saudara Low, Low Taek Szen, yang juga Pengarah Urusan Jynwel Capital menandatangani dokumen yang memohon kepada Pejabat Pendaftaran Syarikat Hong Kong untuk menukar namanya kepada Quinton Investments dan yaysan pula ditukar kepada Quantima Charitable Foundation.

Sumber yang biasa dengan operasi firma perundingan perniagaan yang berpusat di Shanghai yang dimiliki oleh Jynwel Capital berkata, entiti itu tiga pekerja dari Malaysia dan Hong Kong dan dengan modal berbayar AS$3.3 juta.

Katanya, Jynwel baru-baru ini cuba menutup syarikat yang ditubuhkan dua tahun lalu dan berpusat di Pusat Kewangan Dunia Shanghai.

Seet disenaraikan sebagai penyelia firma perundingan dan Low sebagai pengarah, menurut pendaftaran syarikat China.

Penyelia mesti memeriksa kewangan syarikat dan mengawasi bagaimana para pengarah melaksanakan tugasnya.

Low dikehendaki oleh pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang di beberapa negara dan notis merah Interpol ke atasnya telah dikeluarkan sejak 2016.

Pasport antarabangsa juga dibatalkan pada 15 Jun lalu.

Low dan abangnya mempunyai kad pengenalan Hong Kong, selain pasport Kepulauan Caribbean – St Kitts dan Nevis.

Bagaimanapun, Seet bukan dalam senarai individu dikehendaki.

Seet yang merupakan graduan Wharton Business School bersama Low, bekerja untuk Jynwel Capital dari November 2012 hingga April 2017, terlibat dalam tawaran berkaitan sekuriti, menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong. – MalaysiaGazette