Pemeriksaan ketat di pintu masuk Mekah. foto SaudiGazette

JEDDAH – Sebanyak 72,037 orang dan 30,449 kenderaan dari pelbagai laluan ke Mekah diarah keluar apabila pihak berkuasa keselamatan memperhebatkan larangan memasuki ibu kota itu mulai 9 Julai hingga akhir musim haji.

Larangan itu juga bertujuan untuk menghalang kemasukan jemaah haji tanpa izin menjelang musim haji.

Hanya tiga kategori ekspatriat yang dibenarkan memasuki Mekah iaitu pemegang permit haji, penduduk dengan permit yang dikeluarkan dari Mekah dan pekerja dengan permit pada musim haji.

Pihak kawalan keselamatan menjalankan pemeriksaan sepanjang 24 jam di pintu-pintu masuk yang terletak di Shumaisi dan Kakiah, Sharayah. – MalaysiaGazette