Dr. Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini kecoh bila ada sesetengah pihak  mendesak kerajaan mengekstradisi Dr. Zakir Naik ke India seolah-olah pendakwah terkenal itu dikehendaki pihak berkuasa di negara itu.

Bagaimanapun realitinya kerajaan India tidak pernah membuat sebarang permohonan ekstradisi terhadap Zakir dan ia disahkan oleh peguamnya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

“Pihak saya hari ini telah menerima surat PDRM yang mengesahkan setakat ini, tiada sebarang permohonan ekstradisi di buat oleh Kerajaan India terhadap Dr. Zakir,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Gazette hari ini.

37681682_2020160138015575_7536042758222381056_n

Justeru, kata Mohd. Khairul, tiada sebarang isu berkaitan penghantaran balik anak guamnya itu relevan untuk dibincangkan buat masa ini.

MGF28042018_ PENAMAAN CALON P_100 PANDAN31
Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz

Malah Zakir juga telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini dan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan tidak ada sebab untuk beliau dihantar balik ke India selagi tidak melanggar sebarang undang-undang di negara ini.

Zakir merupakan sebelum ini telah diberikan status pemastautin tetap di Malaysia.

“Dr. Zakir kini dalam keadaan ok dan tenang kerana beliau sentiasa berpegang kepada undang-undang,” kata Mohd. Khairul.

Baru-baru ini ada laporan portal berita dan desakan beberapa pimpinan parti politik mahu Zakir diekstradisi ke India atas alasan pakar perbandingan agama itu dikehendaki atas beberapa kesalahan di negara asalnya.- MalaysiaGazette