Foto Instagram Lisdawati.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Lisdawati selamat melahirkan bayi lelaki pukul 10 malam tadi di sebuah pusat perubatan yang merupakan anak keempat bersama pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi.

Bayi seberat 3.54 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Lisda, 39, menerusi laman sosial Instagramnya turut mengucapkan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

“Syukur Alhamdulillah atas doa semua,” tulisnya.

Bagi Fauzi, bayi itu merupakan anak kelapan masing-masing empat orang bersama Lisdawati dan empat lagi bersama perkahwinan terdahulu.

Fauzi dan Lisda mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Salah seorang anak hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Muhammad Fazreez Hazwan, 20, merupakan seorang penyanyi dan pernah meyertai Mentor Milenia  terbitan TV3 pada 2016.

Menerusi program itu, Muhammad Fazreez Hazwan menjadi protege kepada Hazama dan mereka memperoleh wang tunai RM100,000 selepas memenangi pertandingan berkenaan. – MalaysiaGazette