Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2018
Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff MD Yusof dijadualkan akan berjumpa dengan para pengamal media dan wartawan di Dewan Rakyat bagi mendengar rungutan mereka.

Ia bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai liputan para wartawan di Dewan Rakyat.

Dalam satu jemputan oleh Ariff hari ini, beliau meminta agar para media menubuhkan satu jawatankuasa bagi memudahkan pertemuan antara beliau dengan media berjalan lancar.

“Datuk Mohamad Arif Md Yusof hari ini meminta media untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk bincang dengan beliau mengenai apa-apa perkara berbangkit berhubung penugasan media di Parlimen

“Beliau menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan media. Antara isu yang akan dibincangkan adalah lokasi sidang media yang tidak bersesuaian,” demikian menurut jemputan berkenaan.

Ini kali pertama Ariff akan bertemu media yang sering membuat liputan di Dewan Rakyat selepas dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu.

Sebelum ini, Ariff dilaporkan bertemu dengan Ketua Pengarang dan para editor dalam satu majlis di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Media sebelum ini mendakwa bilik sidang media yang disediakan pihak pengurusan Parlimen tidak bersesuaian.

Ia menyukarkan para media untuk ke sana kerana terpaksa melalui ruang rehat Ahli Parlimen untuk ke bilik sidang media.

Malah, bilik media yang disediakan di ruang bawah Parlimen juga menimbulkan rungutan kerana terpaksa berjalan jauh untuk ke bilik berkenaan. -MalaysiaGazette