Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesahkan dirinya bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti.

Portal Malaysiakini mendedahkan, Rafizi hanya berminat untuk bertanding dalam parti dan tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan.

“Saya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden… Saya tidak berminat dengan apa-apa jawatan kerajaan tetapi saya masih berhutang dengan anggota PKR untuk tidak berundur (daripada parti) begitu saja,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketika ini, jawatan Timbalan Presiden PKR disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan sehingga kini masih berteka-teki adakah beliau akan bertanding jawatan Presiden atau Timbalan PKR.

Sebelum ini, ada bayangan mengatakan Azmii yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi bakal bersaing dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah membuat kenyataan terbuka mahu bertanding jawatan Presiden PKR.

Kini kawatan tersebut disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukannya dalam PH tidak akan sesekali terkesan jika tidak bertanding jawatan nombor satu PKR pada bulan depan. – Malaysia Gazette