TERKINI : Surat Kepada CIA, Saya Tak Tahu! – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan penghantaran surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan tujuan meminta sokongan Amerika Syarikat menjelang PRU14 ditulis oleh badan perisik Malaysia.

Naib berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kiriman surat berkenaan.

“Saya tak tahu, apa pun surat ini dibuat oleh badan perisik kita (Malaysia) dan bukan dasar kita nak mendedahkan surat tersebut.

Ini rahsia kerajaan. “Kalau kita dedahkan, maknanya tak ada apa lah yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara,”katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast