Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menerusi akaun twitternya berkata, pihak berkuasa Israel telah menahan dua artis warga Itali dan seorang warga Palestin yang bersama mereka.
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menerusi akaun twitternya berkata, pihak berkuasa Israel telah menahan dua artis warga Itali dan seorang warga Palestin yang bersama mereka.

JERUSALEM – Polis sempadan Israel menahan dua artis grafiti warga itali yang melukis mural gadis Palestin yang dipenjarakan, Ahed Tamimi, pada tembok di Bethlehem, Tebing Barat, menurut para pegawai Palestin, lapor Reuters.

Tamimi, yang kini berusia 17 tahun, dipenjarakan kerana menyerang selepas beliau dirakam menendang dan menyepak seorang anggota tentera Israel pada tahun lalu ketika berusia 16 tahun. Beliau dijadual dibebaskan pada hari ini.

Ahed Tamimi.
Ahed Tamimi

Tamimi menjadi wirawati Palestin selepas insiden 15 Disember di luar rumahnya di kampung Nabi Saleh yang disiarkan secara langsung menerusi laman facebook oleh ibunya yang kemudiannya tular.

Jurucakap polis Israel tidak membalas panggilan telefon ketika diminta mengulas.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menerusi akaun twitternya berkata, pihak berkuasa Israel telah menahan dua artis warga Itali dan seorang warga Palestin yang bersama mereka. – Agensi