Mujahid Yusof Rawa
Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas Menteri Wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang ditubuhkan untuk memperbaharui institusi Islam oleh Majlis Raja-Raja tidak bertindih dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, penubuhan jawatankuasa itu hanya one off dan tidak kekal.

“Ia mungkin berlangsung selama lima bulan seperti dicadangkan di Kabinet dan selepas lima bulan ia akan keluarkan satu laporan.

“Laporan itu akan diambil Kabinet untuk membantunya buat reformasi dalam pentadbiran Islam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Menurut Mujahid, jawatankuasa itu akan mengundang parti-parti politik, NGO dan individu untuk memberi maklum balas dalam penghasilan laporannya.

Malah jelas beliau, Kabinet turut mempersetujui jawatankuasa yang dibentuk itu.

Majlis Raja-raja hari ini dilaporkan menyetujui penubuhan jawatankuasa berkenaan untuk menambah baik semua institusi Islam peringkat persekutuan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga felo di Oxford Centre for Islamic Studies. – MalaysiaGazette