Muhammad Najhan Halim
Muhammad Najhan Halim

SHAH ALAM – Penduduk atau pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis tidak beroleh mudarat umum sekiranya calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 Ogos ini.

Sebaliknya, menurut Setiausaha Dewan Ulamak Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan lebih berhati-hati dengan tindakan mereka selepas ini.

Katanya, jika Mohd Zawawi menang, ia akan memperkukuhkan lagi kesombongan dan kebobrokan kerajaan PH, malah membuatnya semakin lupa diri serta menganggap diri sentiasa benar.

“Sekiranya rakyat Sungai Kandis memberi kemenangan kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, sekurang-kurangnya pemimpin kerajaan PH tersedar daripada lamunan dan kesombongan mereka bahawa rakyat sedang memerhati dan menilai segala tindak tanduk mereka,” katanya dalam kenyataan kepada media di Sungai Kandis hari ini.

Jelas Muhammad Najhan, UMNO sudah menjadi sebahagian blok pembangkang, maka dengan itu, Pas menggunapakai kaedah Taawun Siyasi iaitu kerjasama politik untuk menentang kerajaan PH atas prinsip demokrasi dan sebagai hak semak dan imbang kepada pemerintah sedia ada.

Ujar beliau, keputusan pimpinan Pas mengenai isu PRK Sungai Kandis sudah tentu telah melalui proses perbincangan dan ijtihad siyasi pro kontra dalam semua sudut demi mencapai matlamat Islam dan selok belok hukum hakam dalam Feqh Politik Islam yang dihadam oleh para ulamak.

“Justeru, adalah menjadi kewajaran kepada pengundi untuk mengenepikan calon PH di Sungai Kandis,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Hahaha. Bermacam alasan. Rakyat Malaysia pon cerdik,dah boleh fikir siapa bercakap dan untuk apa dia bercakap. Begitu juga nak menangkan siapa. Umno menang pun dia boleh jadi angkuh. Dabik dada. “Rakyat sudah sedar,insaf,salah pilih PH dan berbagai-bagai. Ini kita sedia maklum.

Comments are closed.