Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan had umur pengundi tidak boleh dilaksana secara tiba-tiba.
Menurut Setiausaha Bahagian Pendaftaran Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Yusniati Ishak, cadangan itu akan memakan masa yang panjang untuk dilaksanakan kerana melihatkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.