Donald Trump dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea.
Donald Trump (kanan) dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea di Singapura, Jun tahun lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat berharap Pyongyang mematuhi komitmennya untuk menghapuskan senjata nuklearnya yang dibuat pada sidang kemuncak pada Jun lalu.

Amerika Syarikat, akan terus memberi tekanan kepada negara-negara Asia Tenggara untuk mengekalkan sekatan terhadap Korea Utara semasa mesyuarat minggu ini .

Perkara itu timbul selepas pengintip Amerika Syarikat mengesan aktiviti di kilang menghasilkan peluru berpandu balistik antara benua pertama negara (ICBM) yang mampu mencapai Amerika Syarikat di Korea Utara.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo dijangka bertemu dengan wakil Korea Utara semasa mesyuarat ASEAN di Singapura hujung minggu ini.

Jabatan Negara memberitahu, Pompeo akan mengadakan lawatan ke Singapura dan Malaysia untuk mengingatkan ASEAN supaya mematuhi sekatan terhadap Pyongyang.
Terdapat kebimbangan bahawa tentang penjualan bahan bakar secara haram ke Korea Utara walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengenakan sekatan.

Korea Utara akan mengambil bahagian dalam forum ASEAN membabitkan 27 negara pada hari Sabtu ini dan Pompeo turut hadir.

“Kami masih bimbang tentang skala pemerolehan haram Korea Utara, khususnya produk petroleum ditapis melalui pemindahan kapal-ke-kapal yang dilarang oleh PBB,” kata Jabatan Negara.

Di bawah sekatan itu, import minyak Pyongyang dihadkan kepada 4 juta tong dan 500,000 tong produk minyak setahun.

Baru-baru ini, Washington mendedahkan ada berlaku pergerakan keluar, masuk di kemudahan berpeluru berpandu di Sanumdong. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tentang pembinaan peluru berpandu di situ. – MalaysiaGazette