SHAH ALAM – Walaupun tidak mengundi, seorang warga emas menarik perhatian umum apabila berbasikal sambil  bendera Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Hashim Jaafar, 73, berbasikal dari Bukit Naga lebih kurang 6.7 kilometer daripada Jalan Kebun simbolik kegembiraannya apabila BN mengumumkan akan bekerjasama dengan parti Islam itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia. 

“Pak cik hari ini pemerhati je hari mengundi, hari ini pak cik berbasikal dari Bukit Naga. Pak cik mahu terus semarakkan semangat kerjasama BN dan Pas yang baru-baru ni mereka umumkan,.

“Saya nak sebarkan semangat kerjasama BN dan UMNO” katanya kepada MalaysiaGazette

Pengumuman itu kata Hashim adalah contoh baik yang sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua parti untuk PRK DUN Sungai Kandis. 

“Saya daripada dulu suka Pas dan UNNO bersatu, jadi bila mereka mahu bekerjasama di pilihan raya kecil yang lain saya gembira,” ujarnya. 

UMNO Selangor juga baru-baru ini memberi jaminan untuk menggerakkan jentera parti untuk  membantu Pas  di DUN Seri Setia. 

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Barisan Nasional akan memberi laluan kepada Pas dalam PRK DUN berkenaan.-MalaysiaGazette