Bung Mokhtar Radin
Bung Mokhtar Radin

KUALA LUMPUR – Tidak cukup dengan perkataan tidak senonoh seperti ‘Kepala Bapak Kau’ dan ‘P*****K’ semalam, sesi perbahasan Dewan Rakyat sekali lagi gamat apabila wakil rakyat Kinabatangan menggunakan ayat ‘F*** You’ pula.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang hilang sabar apabila Willie Mongin (PH-PKR) menganggu beliau memberikan pandangan tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta harga barangan meningkat di pasar Selayang.

Bagaimanapun, ketika Bung Mokhtar sedang berinteraksi dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (BN), Wille bangkit mempersendakan beliau.

“Saya ke pasar borong Selayang dan melihat harga barang. Harga barang ketika GST rendah,” kata Bung Mohkthar.

“Bukan pergi ke Kasino ke Kinabatangan,” sindir Willie.

Sindiran itu menyebabkan Bung Mokhtar terus bangkit dan hilang sabar sebelum menjerit-jerit mencarut dan mula mengeluarkan perkataan tidak sopan walaupun mikrofon tidak di tutup.

“Apa ini biadap? Kurang ajar. Ini kena tarik, ini biadap Yang di-Pertua, dia ini kurang ajar dan tidak layak duduk di sini. Samseng, what you want? (Apa kamu mahu), u nak gaduh dengan saya?, Ini time! “ kata Bung Mokhtar.

“Tanya saja,” jawab Willie.

“F*** You. Kau salah orang. F*** You,” jeritnya.

Inisden ini menyebabkan rata-rata wakil rakyat menggesa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon supaya meminta Bung Mokhtar menarik kembali perkataan tersebut atau dihalau keluar daripada Dewan.

Sebelum sempat Rashid membuat sebarang keputusan, loceng untuk rehat tengahari sudah dibunyikan.

Dewan akan bersambung kembali pada jam 2.30 petang ini. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast