Kapal mewah ‘Equanimity’ yang dipercayai milik seorang ahli perniagaan, Jho Low tiba di Terminal Bousthead Cruise Center, Pelabuhan Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2018.
Kapal mewah ‘Equanimity’ yang dipercayai milik seorang ahli perniagaan, Jho Low tiba di Terminal Bousthead Cruise Center, Pelabuhan Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2018.

PELABUHAN KLANG – Kapal persiaran mewah ‘Equanimity’ yang tiba di Terminal Boustead Cruise Center, di sini kira-kira jam 12.25 tengah hari ini sememangnya kelihatan mewah dan klasik dengan kemasan kayu, marmar dan kulit.

Peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jeremy Joseph bagaimanapun berkata, butiran lengkap mengenai kelengkapan dan peralatan yang digunakan di atas kapal mewah hanya akan diketahui selepas kerja inventori selesai.

“Kita boleh lihat dalam kapal ada kayu dan marmar, agak cantik. Tiada (belum kenal pasti barang kepunyaan pemilik asal) kita masih membuat stok inventori dan ia perlu mengambil masa (kenal pasti).

“Ada banyak hiasan kayu, marmar dan kombinasi kedua-duanya di lantai dan dapur, hiasan kulit, kelihatan elok dan klasik,” katanya pada sidang media selepas dua jam membuat pemeriksaan ke atas Equanimity di Terminal Boustead Cruise Center, di sini, hari ini.

MGF07082018_KAPAL EQUANIMITY JHO LOW21
Peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jeremy Joseph bercakap kepad media mengenai Kapal mewah ‘Equanimity’ dipercayai milik seorang ahli perniagaan, Jho Low yang berlabuh di Terminal Bousthead Cruise Center, Pelabuhan Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2018.

Terdahulu kapal persiaran mewah yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low tiba kira-kira jam 12.25 tengahari selepas berlepas dari pelabuhan Batam petang semalam.

Sebelum ini, kapal yang dikaitkan dengan 1MDB itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung siasatan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Jeremy berkata, Equanimity yang selamat tiba di Malaysia itu diiringi pasukan keselamatan Malaysia tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Lebih mengejutkan apabila Jeremy mendedahkan kapten dan kesemua anak kapal mewah itu baru sahaja dilantik beberapa minggu lalu.

“Kapten dan anak kapal adalah baru, mereka baru saja menandatangani kontrak beberapa minggu lalu,” katanya. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast