Gambar hiasan

NEW YORK – Niaga hadapan minyak melonjak selepas pengeluaran minyak mentah Arab Saudi dijangka susut pada bulan Julai, sekaligus meningkatkan kebimbangan ke atas bekalan minyak global.

Ia ditambah dengan sekatan yang akan dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Iran.

Brent naik sebanyak AS$0.54 kepada AS$73.75 setong sementara West Texas Intermediate meningkat AS$0.52 setong kepada AS$69.01 setong.

Arab Saudi mengeluarkan sekitar 10.29 juta tong sehari minyak mentah pada bulan Julai, menurut sumber OPEC, susut kira-kira 200,000 tong berbanding pada Jun lalu.

Penurunan pengeluaran oleh Arab Saudi berlaku meskipun negara itu dan Rusia berikrar untuk meningkatkan hasil mulai bulan Julai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast