KUALA LUMPUR – Putrajaya mempunyai jalan lain sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak lulus di peringkat Dewan Negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution berkata, langkah itu diambil memandangkan kapasiti Ahli Dewan Negara yang dimiliki Barisan Nasional (BN) melebihi daripada Ahli Dewan Negara dari Pakatan Harapan (PH).
“Sudah tentu ada beberapa jalan keluar yang diteliti Kementerian Kewangan termasuk mendapatkan nasihat perundangan kerana ada implikasi tertentu apabila melibatkan rang undang-undang kewangan.
“Beberapa perkara harus kita teliti apabila dikemukakan di Dewan Negara dan sekiranya berdepan kemungkinan tidak diluluskan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, sidang Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 di peringkat dasar. -MalaysiaGazette

















dia bolih sabotaj untok menunjukan ph gagal. mana ada musuh ingin kebaikan keatas musuhnya .. kita tunggu dan lihat samaada didalam hatinya lebih banyak syetan dari manusia atau banyak manusia dari syetan