Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR – Tiga elemen utama menjadi penanda aras bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam melaksanakan operasi yang mampan ketika mengharungi keadaan ekonomi tidak menentu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata elemen berkenaan adalah integriti, tadbir urus dan perkhidmatan yang baik bagi memastikan kelangsungan organisasi.

“Sebagai pemimpin organisasi, saya berasa adalah sangat penting untuk meninggalkan (syarikat) dalam keadaan baik seperti ketika menyertainya. Di KWSP, semua pekerja kita adalah pasukan sebenar.

“Jadi, saya meninggalkan KWSP dalam keadaan ia diuruskan dengan baik, yang mana kesemua anggota KWSP akan terus berusaha menjadikan KWSP sebuah organisasi yang hebat untuk ahli-ahlinya,” katanya pemberita selepas penutup Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2018, di sini ,hari ini.

Sehingga kini, KWSP mempunyai 14 juta ahli.

Shahril Ridza dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini. Shahril Ridza adalah Ketua Pegawai Eksekutif KWSP yang dilantik memegang jawatan itu pada 16 April 2013. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast