TERKINI : Putrajaya Kurangkan Kuasa PM dan Tambah Kuasa Parlimen – Tun M

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) hari ini memutuskan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri mengenai perlantikan Ketua Audit Negara dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, segala lantikan kepada lantikan itu akan berada dibawah bidang kuasa Jawatan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.