Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan kerugian semalam apabila dibuka rendah berikutan tekanan jualan berterusan kerana sentimen pelabur masih lemah, menjejaki kebimbangan geopolitik di Turki, kata peniaga.

Pada jam 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.37 mata kepada 1,778.97 daripada penutup semalam iaitu 1,783.34.

Indeks berkenaan dibuka 3.55 mata lebih rendah pada 1,779.79.

Di pasaran meluas, kaunter untuk mengatasi rugi sebanyak 105 berbanding 94 dengan 182 tidak berubah, 1,502 tidak didagangkan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 59.76 juta unit dengan nilai RM34.83 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast