Polis siasat Salahg

LIVERPOOL – Liverpool telah merujuk rakaman video yang menunjukkan kesalahan Mohamed Salah menggunakan telefon bimbit semasa memandu kepada polis.

Kelab tersebut mengambil langkah itu dalam usaha memberi kerjasama kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Sebuah klip video yang dimuat naik dalam talian mendedahkan Salah menunggu dekat lampu isyarat sementara beberapa orang awam termasuk kanak-kanak berkumpul berdekatan kereta yang dipandunya.

Salah kemudian didakwa beredar dari situ.

Jurucakap Liverpool FC berkata: “Kelab ini selepas perbincangan dengan pemain memastikan polis sedia maklum mengenai video yang merakamkan kesalahan pemain itu.

“Kami telah bercakap dengan pemain itu dan akan berurusan dengan sebarang tindakan susulan secara dalaman selepas ini.

“Kelab atau pemain akan tampil dengan kenyataan lanjut selepas ini,” katanya.

Polis yang sedang mengendalikan kes itu berkata, pihaknya menerima rakaman kamera mengenai kesalahan pemain bola sepak itu yang dikesan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta.

“Ia dirujuk kepada jabatan siasatan yang terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette