Tertuduh membuat pengakuan itu setelah kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.
Gambar hiasan

DUBAI – Emiriah Arab Bersatu menguatkuasakan undang-undang berat terhadap mana-mana pihak atau individu yang mewujudkan kumpulan, persatuan atau organisasi atas talian dengan tujuan untuk mempromosi keganasan.

Mereka yang didapati bersalah atas kesalahan itu boleh di penjara antara 10 hingga 25 tahun dan didenda antara AED2 juta (AS$544,588) hingga AED4 juta (AS$1 juta).

Dikri Persekutuan itu telah dikeluarkan oleh Presiden Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan bagi meningkatkan undang-undang jenayah siber.

Undang-undang berkenaan turut melibatkan denda sejumlah AED500,000 hingga AED1 juta bagi mana-mana pihak yang mewujudkan laman sesawang untuk menyebarkan kebencian.

Jika seseorang ditangkap untuk kali pertama, mahkamah akan meletakkan mereka di bawah percubaan elektronik.

Penjara sementara dan denda AED1 juta akan dikeluarkan kepada sesiapa yang mewujudkan laman web atau menggunakan maklumat dan menyebarkannya di Internet untuk menjejaskan perintah awam atau anggota sistem mahkamah kehakiman.

Undang-undang menyatakan bahawa mahkamah dibenarkan untuk mengusir warga asing yang mungkin terlibat dalam tindakan-tindakan yang dilarang di bawah Kod Keseksaan UAE. – MalaysiaGazette